Monday 12 September 2011

Kelas Kreatif ICT ( 11 - 26 Ogos 2011 )




Kelas Kreatif ICT ini dibuka kepada pelajar-pelajar tahun 5. Tujuan kelas ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menggunakan aplikasi-aplikasi dalam Microsoft Office, antaranya Microsoft Office Publisher, Microsoft Office Powerpoint dan juga cara-cara mencari maklumat daripada internet menggunakan enjin carian seperti Google dan Yahoo. Kelas ini diadakan pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ogos 2011. Untuk peringkat pertama kelas ini, memandangkan kelas diadakan pada bulan Ramadhan, pelajar-pelajar diajar mencipta kad raya untuk guru-guru , mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dicari dari internet.