Monday 10 October 2011

New Header & Background

Hari ni saja cuba-cuba buat header dan background berlatarkan persekitaran sekolah. Ok x? hehehee... =b

Latar Belakang (Background) Blog

Header Blog

30 September 2011 - Enjin Carian (Search Engine)

Pada 30 September 2011, murid-murid 2 Alpha diajar menggunakan Enjin Carian (Search Engine). Terdapat banyak laman web yang mempunyai Enjin Carian ini, antaranya ialah Google, Yahoo, MSN, Netscape dan banyak lagi. Untuk pelajaran kali ini, enjin carian yang digunakan ialah Google. Murid diarahkan mencari gambar buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan.

Menggunakan enjin carian Google

Taipkan maklumat yang hendak dicari

Pilih gambar atau bahan yang telah dijumpai

Cara-cara menyimpan (save) gambar

Cara-cara membuat New Folder

Menamakan Folder baru dengan nama Fruits

Gambar disimpan didalam Folder  Fruits tersebut serta menamakan gambar yang  hendak disimpan.



~~ Aktiviti ini diteruskan dengan mencari dan menyimpan gambar seterusnya. Murid-murid dapat membuat aktiviti ini dengan baik. Pelajaran seterusnya akan disambung untuk kelas akan datang ~~

22 & 26 September 2011 - Kemahiran Menaip (Typing Skills)

Pelajaran pada 22 September 2011 dan 26 September 2011 adalah kemahiran menaip menggunakan Microsoft Office Word 2007 untuk murid-murid kelas 2 Beta dan 4 Beta. Aktiviti ini bertujuan bagi meningkatkan kemahiran murid-murid memandangkan masih ramai yang belum mahir menggunakan keyboard. Malah, masih ada lagi pelajar yang belum mengenali huruf, terutamanya bagi murid tahun 2 Beta. Dengan adanya aktiviti ini, murid-murid dapat meningkatkan pengetahuan mereka.

Bagi tahun 4 Beta, aktiviti ini dapat melatih mereka menggunakan keyboard dengan lebih cekap.

Kemahiran Menaip Bagi Murid Tahun 2 Beta

Kemahiran Menaip Bagi Murid Tahun 4 Beta



5 & 8 September 2011 - Table & Chart

6 September 2011 adalah minggu giliran untuk subjek Bahasa Inggeris. Pelajaran untuk murid-murid 5 Alpha adalah membuat jadual (table) dan carta (chart) dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word 2007. Seperti kebiasaan, murid-murid diminta membawa buku teks masing-masing mengikut waktu matapelajaran setiap kali memasuki cITaKu Lab. Buku teks digunakan sebagai sumber rujukan contohnya menaip ayat atau teks berdasarkan contoh-contoh karangan yang terdapat di dalamnya.

Table & Chart



 Pada 8 September 2011, murid-murid tahun 5 Alpha diberi latihan membuat carta bagi meningkatkan kemahiran membuat carta. Contoh carta dirujuk dari buku teks Bahasa Inggeris tahun 5.

Latihan Membuat Carta (Chart)

















Sunday 2 October 2011

MAJLIS SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2011, SK SUNGAI BEREMBANG

Pada 20 September 2011 bersamaan dengan 22 Syawal 1432, SK Sungai  Berembang telah mengadakan Majlis Sambutan Merdeka Raya yang mana menggabungkan sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri. Sambutan Merdeka Raya ini melibatkan seluruh warga sekolah dan juga wakil dari PIBG. Majlis ini diadakan selepas pelajar-pelajar tahun 6 selesai menduduki peperiksaan UPSR.

Acara dimulakan dengan perarakan masuk wakil pelajar daripada Unit Badan Beruniform iaitu Pengakap Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri dan Puteri Islam yang membawa Jalur Gemilang. Pertandingan Basikal Tercantik juga turut diadakan dan disertai oleh pelajar-pelajar SK Sg Berembang. Dalam pertandingan ini, pelajar dikehendaki menghias basikal mereka dengan Jalur Gemilang mengikut kreativiti masing-masing.

Selain itu, sekolah turut mengundang seorang tokoh tempatan yang merupakan Imam Masjid Kg Sungai Berembang, bagi menceritakan pengalaman beliau semasa penjajahan Jepun dan sebagainya. Pelbagai cerita yang agak menarik telah dikongsikan oleh beliau tentang pengalamannya ketika berhadapan dengan askar Jepun.

Majlis diakhiri dengan Jamuan Hari Raya untuk pelajar-pelajar, tetamu undangan, serta seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang serta pemberian duit raya yang disampaikan oleh guru besar kepada semua pelajar. Pelajar-pelajar membawa kuih raya masing-masing bagi memeriahkan lagi majlis Sambutan Merdeka Raya ini.


Antara gambar-gambar yang telah diambil sepanjang majlis dijalankan.....


Majlis Sambutan Merdeka Raya 2011
Perarakan masuk Pasukan Unit Beruniform

Jalur Gemilang yang diarak masuk oleh Pengakap sekolah


Barisan Pasukan Unit Beruniform

Pelajar berkumpul di dalam dewan.

Pelajar berkumpul di dalam dewan.


Pelajar berkumpul di dalam dewan.

Pelajar berkumpul di dalam dewan.

Pengerusi Majlis

Ucapan daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Hasnah.
Penolong Kanan HEM menyampaikan ucapan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pelajar mendeklamasikan sajak merdeka


Pelajar tahun 6 mendeklamasikan sajak secara berkumpulan.

Tokoh Tempatan - berkongsi pengalaman beliau ketika Tanah Melayu dijajah

Ucapan daripada Guru Besar SKSGB, En. Jamiran bin Jaafar.

Deklamasi sajak daripada wakil guru, Puan Che Mas.


Barisan dif-dif kehormat 

Penyampaian cenderahati kepada Tokoh Tempatan.

Kuih raya yang dibawa pelajar-pelajar


Pertandingan Basikal Tercantik - Tempat Pertama

Pertandingan Basikal Tercantik - Tempat Pertama

Pertandingan Basikal Tercantik - Tempat Kedua

Pertandingan Basikal Tercantik - Tempat Ketiga

Pertandingan Basikal Tercantik

Pelajar-pelajar tahun 6

Guru-guru bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar tahun 6



Monday 12 September 2011

Kelas Kreatif ICT ( 11 - 26 Ogos 2011 )




Kelas Kreatif ICT ini dibuka kepada pelajar-pelajar tahun 5. Tujuan kelas ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menggunakan aplikasi-aplikasi dalam Microsoft Office, antaranya Microsoft Office Publisher, Microsoft Office Powerpoint dan juga cara-cara mencari maklumat daripada internet menggunakan enjin carian seperti Google dan Yahoo. Kelas ini diadakan pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ogos 2011. Untuk peringkat pertama kelas ini, memandangkan kelas diadakan pada bulan Ramadhan, pelajar-pelajar diajar mencipta kad raya untuk guru-guru , mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dicari dari internet.