Sunday 2 October 2011

MAJLIS SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2011, SK SUNGAI BEREMBANG

Pada 20 September 2011 bersamaan dengan 22 Syawal 1432, SK Sungai  Berembang telah mengadakan Majlis Sambutan Merdeka Raya yang mana menggabungkan sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri. Sambutan Merdeka Raya ini melibatkan seluruh warga sekolah dan juga wakil dari PIBG. Majlis ini diadakan selepas pelajar-pelajar tahun 6 selesai menduduki peperiksaan UPSR.

Acara dimulakan dengan perarakan masuk wakil pelajar daripada Unit Badan Beruniform iaitu Pengakap Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri dan Puteri Islam yang membawa Jalur Gemilang. Pertandingan Basikal Tercantik juga turut diadakan dan disertai oleh pelajar-pelajar SK Sg Berembang. Dalam pertandingan ini, pelajar dikehendaki menghias basikal mereka dengan Jalur Gemilang mengikut kreativiti masing-masing.

Selain itu, sekolah turut mengundang seorang tokoh tempatan yang merupakan Imam Masjid Kg Sungai Berembang, bagi menceritakan pengalaman beliau semasa penjajahan Jepun dan sebagainya. Pelbagai cerita yang agak menarik telah dikongsikan oleh beliau tentang pengalamannya ketika berhadapan dengan askar Jepun.

Majlis diakhiri dengan Jamuan Hari Raya untuk pelajar-pelajar, tetamu undangan, serta seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang serta pemberian duit raya yang disampaikan oleh guru besar kepada semua pelajar. Pelajar-pelajar membawa kuih raya masing-masing bagi memeriahkan lagi majlis Sambutan Merdeka Raya ini.


Antara gambar-gambar yang telah diambil sepanjang majlis dijalankan.....


Majlis Sambutan Merdeka Raya 2011
Perarakan masuk Pasukan Unit Beruniform

Jalur Gemilang yang diarak masuk oleh Pengakap sekolah


Barisan Pasukan Unit Beruniform

Pelajar berkumpul di dalam dewan.

Pelajar berkumpul di dalam dewan.


Pelajar berkumpul di dalam dewan.

Pelajar berkumpul di dalam dewan.

Pengerusi Majlis

Ucapan daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Hasnah.
Penolong Kanan HEM menyampaikan ucapan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pelajar mendeklamasikan sajak merdeka


Pelajar tahun 6 mendeklamasikan sajak secara berkumpulan.

Tokoh Tempatan - berkongsi pengalaman beliau ketika Tanah Melayu dijajah

Ucapan daripada Guru Besar SKSGB, En. Jamiran bin Jaafar.

Deklamasi sajak daripada wakil guru, Puan Che Mas.


Barisan dif-dif kehormat 

Penyampaian cenderahati kepada Tokoh Tempatan.

Kuih raya yang dibawa pelajar-pelajar


Pertandingan Basikal Tercantik - Tempat Pertama

Pertandingan Basikal Tercantik - Tempat Pertama

Pertandingan Basikal Tercantik - Tempat Kedua

Pertandingan Basikal Tercantik - Tempat Ketiga

Pertandingan Basikal Tercantik

Pelajar-pelajar tahun 6

Guru-guru bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar tahun 6



No comments:

Post a Comment